Semangat Power Rangers

Assalamualaikum w.b.t….

Siapa yang dapat melupakan adiwira kebanggaan kanak-kanak ini. Power Rangers merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak saya pada era 90-an dahulu. Saya begitu meminati hero-heroin bertopeng ini. Tidak lengkap hari Sabtu saya tanpa mengkhusyukkan diri di hadapan televisyen mnyaksikan aksi-aksi berani mati mereka mempertahankan bumi dari serangan anasir-anasir jahat. Watak adiwira yang paling saya minat dalam siri ini ialah Ranger hijau(saya tak tahu kenapa..hehe).

Di sebalik PR

Di sebalik keseronokan menonton aksi-aksi yang ditonjolkan dalam siri PR ini, sebanarnya banyak pengajaran yang boleh kita kutip dan hadamkan. Antaranya:

1.Matlamat yang jelas

Hanya satu matlamat PR – menghapuskan kejahatan yang ingin menguasai dunia. Mereka sentiasa berpegang kepada prinsip ini. Begitulah jua bagi gerakan Islam. Setiap gerakan Islam semestinya mempunyai prinsip yang kukuh serta konkrit agar landasan perjuangan tidak terpesong ke jalan kebatilan.

2.Tidak mengenal erti kalah

Tiada erti kalah di dalam kamus perjuangan PR. Seringkali mereka kecundang dalam pertempuran dan acap kali juga mereka ditewaskan musuh namun setiap kali itu juga mereka bangkit kembali mencabar kebobrokan demi memburu kemenangan. Nah, inilah yang sepatutnya setiap ahli gerakan Islam contohi. Kekalahan adalah sebahagian dari proses kemenangan dan kemenangan itu tersangat indah apabila disulami kekalahan.

3.Sentiasa memajukan diri

PR sentiasa berinovasi dalam menambahbaikkan  kumpulan mereka. Biasa kita lihat di dalam siri ini, salah seorang ahli PR yang selalu mencipta alat-alat canggih, gajet-gajet hebat bagi kegunaan PR sendiri. Penciptaan yang dilakukan adalah dari sekecil-kecil pistol laser hinggalah sebesar-besar robot. Maka, setiap entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli gerakan Islam sepatutnya sentiasa mencari peluang untuk memajukan gerakan mereka. Selidiki ruang-ruang kemajuan yang boleh diterapkan kedalam gerakan agar gerakan tidak lesu dan dipandang mundur oleh orang kebanyakan.

4.Tabah dan tidak berputus asa

Bukan selalu PR menang dalam usaha mereka meneggakkan keadilan. Ada kalanya mereka tumbang dalam pergelutan menentang yang melangakaui kudrat mereka tapi mereka sentiasa bersemangat untuk bangkit kembali igauan kekalahan kerana matlamat mereka yang jelas dan tersemat utuh dalam atma mereka. Maka sifat terpuji inilah yang patut diserap oleh setiap ahli gerakan Islam. Jangan hanya kerana sekali tewas dalam lapangan perjuangan, kita sudah lelah untuk bangkit. Itu bukan sikap pejuang Islam tetapi petualang islam.

Setakat ini dulu penulisanku. Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi lensa mataku semakin tertutup rapat. Lain kali insyaAllah saya sambung.

wassalam…

Advertisements

0 Responses to “Semangat Power Rangers”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s




Arkib

Advertisements

%d bloggers like this: