Logpad 1-Kisahku di FCR

5:49 04/08/2008

Assalamualaikum w.b.t…

Salam ukhwah, bertemu lagi kita. kali ni nak story sikit pasal kisah kawe mengikuti program friendly cooperative religion(FCR). Program ni merupakan anjuran Karisma. Mula-mula tu berat hati jugak nak pergi tapi kerana semangat abe farhan yang tinggi yang selalu follow up kawe supaya mengikuti program ni, kawe turuti jua.

“Anta pergilah, pasti tak rugi.” Roman wajah abe farhan penuh semangat menuturkanya.

Ya. memang banyak yang kawe belajar dari program berbentuk presentation ni but not everything is perfect. Program sebegini masih mempuyai lompang yang still can be improved next time.

Yang menariknya, kawe berpeluang untuk mempelajari asal-usul agama-agama terbesar dunia; kristian, buddha dan hindu. Sesi ni lah yang paling best kerana kawe memang meminati subjek sejarah sejak dari sekolah menengah lagi. Brother dan sister(tak tahu kenapa mereka bahasakan diri mereka sebegitu) yang present tajuk-tajuk mereka tu pun versatil dan mengawal atmosfera dalam ruang bilik kuliah yang kecil itu sebaiknya. Tahniah diucapkan buat mereka.

Tiap suatu yang hebat pasti ada kelemahannya jua. Begitulah yang aku lihat pada brother and sister yang ‘berceramah’ tu. Tak dapat dinafikan mereka memang expert dalam menkaji agama lain namun bagaimana dengan agama sendiri?. Bagi kawe, mana yang lebih wahid patut diaulakan. Bukankah dalam fiqh al-aulawiyat ada disebut kaedah ini- ‘pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.

Kenyataan itu membuatkan minda kawe terbang jauh ke era ulama’ besar islam terdahulu. Mereka begitu bersungguh-sungguh memantapkan ilmu agama mereka dengan menkaji al-Quran dan hadis begitu mendalam, menadah kitab dengan syeikh-syeikh Islam yang terkemuka zaman itu walaupun jarak tempat mereka yang begitu jauh. Periwat hadis terkemuka, Imam Bukhari sanggup mengembara beribu-ribu batu demi memahami maksud sepotong hadis. Tindakan Imam Bukhari itu susah sekali bagi kita untuk saksikan dewasa kini.

Walaupun kini kita dihidangkan dengan pelbagai seleksi untuk menuntut ilmu, kita still mensia-siakan waktu yang berbaki dengan melakukan kegiatan tidak berfaedah dan menyimpang jauh dari norma-norma agama Islam. Sehebat-sehebat ulama’ kini adalah sejahil-jahil ulama’ dahulu.

Renungkanlah sebagai pembakar semangat untuk menelaah ilmu dengan lebih banyak lagi.

Setakat ni dulu lah, semoga pembelajaran kawe selama dua hari di sana mendapat redha Allah dan dapat kawe manfaatkan demi kesinambingan Islam yang tercinta.

Wassalam..

Advertisements

0 Responses to “Logpad 1-Kisahku di FCR”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




Arkib

Advertisements

%d bloggers like this: