aku seorang yang sopan..

Salam ukhwah wa muhibbah…

Ini peristiwa di pagi raya. Ketika itu seluruh anggota keluarga sebelah ayah aku berkumpul di rumahku. Masing-masing melaram dengan baju raya mereka. Aku sahaja yang pakai baju raya dua tahun lepas. Bukannya takdak duit nak beli baju baru tapi aku malas nak pergi beli. Lagipun baju baru aku dah berlambak.

Umi dan ayah sudah tidak menang tangan-meyediakan laksa -di dapur. Aku segera ke dapur membantu yang mana patut. Usai menjamu tetamu(saudara mara aku la), tibalah giliran aku pula melahap. Oleh kerana semalam aku dah mengisi perut dengan kuah laksa penang buatan ayah, kini kuah laksa lemak hasil air tangan umiku tersayang pula menjadi idaman nafsu makanku.

Aku tidak makan sendirian. Senaliknya aku ditemani Pok Him(pak saudaraku), mak cik Ti(isteri Pok Him) dan anak-anaknya-be Alif, dik Aini dan kakak. Dek kerana kakiku yang sengal-sengal, aku menukar posisi dudukku-bersimpuh ala gadis melayu.

Umi yang sedang mengangkat kuah laksa ke ruang tamu memangdangku sambil berkata;

“Huh, berjurusnya Apik duduk..”

Aku tersengih malu. Mak Cik Ti juga begitu. Pok Him sudah lama angkat kaki ke ruang tamu berbual dnegan tetamu yang ada. Aku masih mengekalkan posisi dudukku. Mak Cik Ti bersuara;

“Hehe..dik Aini pun tersenyum”

Segera aku mengacukan bola mataku ke arah dik Aini yang sedang menyorok di balik dinding sambil  terseyum manis.

Alamak, dik Aini tersenyum kat aku..happy nya..

TAMAT..

*Berjurus:Bersopan

Advertisements

0 Responses to “aku seorang yang sopan..”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s




Arkib

Advertisements

%d bloggers like this: